Tempatan

Penindasan Terhadap Rider P-Hailing, Kerajaan Mesti Ambil Tanggungjawab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Disember 2021 – Nor Aizat Rahimi, Ketua Belia PEMBELA menggesa syarikat P-Hailing diselia dan dipantau ketat oleh agensi kerajaan.

Ini berikutan isu status para rider yang tidak diiktiraf oleh syarikat di mana mereka bekerja.

“Anak muda yang sekian lama ditekan dengan isu tiada pekerjaan kini ditekan lagi oleh syarikat kapitalis yang mengambil kesempatan atas terdesaknya situasi kehidupan anak-anak muda.”

Ujar beliau, isu rider P-Hailing bukan isu yang boleh ditepis-tepis begitu sahaja.

“Sekarang ini pun kita difahamkan tiada kementerian yang mahu ambil tanggungjawab bidang kuasa.”

Justeru, Kerajaan mesti mengambil tanggungjawab membuat polisi dan regulasi terhadap syarikat-syarikat ini supaya tiada lagi tindakan sesuka hati oleh syarikat yang akhirnya menindas para rider.

“Para Rider P-Hailing mesti diiktiraf statusnya sebagai pekerja yang punyai hak-hak pekerja seperti pekerja di industri lain; punyai KWSP, SOCSO, insuran dan sebagainya,” kata Nor Aizat dengan tegas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: