Tempatan

Lawan Ambil Kesempatan Perpecahan Kepimpinan Melayu – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 April 2022 – “Perpecahan antara pemimpin Melayu Islam telah diambil kesempatan semaksima mungkin oleh musuh-musuh Islam bagi merealisasikan agenda mereka.”

Ujar Tn. Hj. Aminuddin Yahaya Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) semasa berucap dalam Konvensyen Perundangan 2022: Mengarusperdanakan Syariah, dianjurkan oleh PEMBELA pada hari Rabu lepas.

Katanya, pemimpin Melayu haruslah bersatu padu sama ada mereka berada di pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam perkara-perkara yang melibatkan agama Islam.

Beliau juga menyeru agar badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan menyampaikan maklumat kepada rakyat supaya mereka faham apa yang sedang berlaku.

Tuntasnya, kesatuan yang menyeluruh akan melahirkan satu gerakan bersepadu.

“Sebab itu PEMBELA sering melaungkan perpaduan di kalangan pemimpin Melayu, bukan dalam bentuk kesatuan parti tetapi kesatuan dalam perkara-perkara yang melibatkan agama Islam.”

“Sama ada mereka berada di pihak kerajaan mahupun pembangkang, tetapi mereka mesti bersatu dalam perkara asas agama. Inilah seruan PEMBELA kepada semua parti dan kita konsisten dengan pendirian ini,” ujar Hj Aminuddin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: