Tempatan

Agamawan & Aktivis Mesti Tunjukkan Solidariti Dalam Hal Kepentingan Akidah – Haji Razali MAMPIR

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – Haji Razali bin Daud menyeru semua agamawan dan aktivis untuk sama-sama bersolidariti mempertahankan akidah umat Islam.

Baca: Soal Agama, Soal Akidah, Jangan Cuba Bakar Api – Ustaz Masridzi

Baca: Murtad: Negara Dipimpin Umat Islam, Tapi Di mana Pemimpin Islam?! – Hj Aminuddin

Baca: “Ini Ialah Kes Natrah Kedua Dalam Negara Kita” – Mohd Zai Mustafa

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semasa Himpunan Solidariti Pertahan Akidah 3 Mualaf yang digerakkan oleh PEMBELA di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi semalam, wakil dari Sekretariat Muwasolah Agamawan dan Aktivis Memperkasa Institusi Raja-Raja (MAMPIR) itu menegaskan, agamawan dan aktivis mesti bersama-sama prihatin dan sensitif akan hal akidah dan persaudaraan umat Islam.

“MAMPIR menyeru kalangan agamawan, aktivis yang sensitif akan nilai-nilai, yang telah sebati di tanah air ini untuk sama-sama menzahirkan solidariti, kebersamaan dalam hal terutamanya melibatkan kepentingan akidah umat Islam.”

Sensitiviti dan solidariti yang ditunjukkan bukan hanya semata untuk menzahirkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam, tetapi juga untuk menuntut menjadikan negara ini sebuah negara rahmat.

Justeru, Haji Razali sekali lagi menyeru agamawan dan aktivis untuk sama-sama bersolidariti dalam mempertahankan akidah umat Islam di negara ini.

“Maka kita mengajak, menyeru mana-mana kalangan agamawan, aktivis, di mana pun berada, di dalam aliran mana pun, untuk turut prihatin, sensitif akan hal akidah dan persaudaraan umat Islam, menzahirkan hubungan persaudaraan sesama umat Islam untuk menuntut menjadikan negara ini, negara yang penuh kerahmatan.”

Himpunan Solidariti Pertahan Akidah 3 Mualaf yang digerakkan oleh PEMBELA di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi semalam merupakan sebuah himpunan solidariti bersama jabatan agama bagi membantah sebarang tekanan supaya tiga anak-anak Loh Siew Hong dimurtadkan kepada agama lama mereka.

“Arus gerakan supaya anak-anak tersebut dimurtadkan sudah semakin kuat, ditambah lagi sokongan ahli-ahli politik,” kata PEMBELA dalam laman Facebook mereka.

“Berdiam diri tatkala mereka melobi dan mendesak adalah suatu yang merugikan. Apatahlagi melibatkan hal akidah,” tegas PEMBELA lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: