Tempatan

Kita Perlukan Akta Larangan Mempromosi Homoseksualiti & Tasyabbuh – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 06 Disember 2021 – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dalam satu hantaran di Facebook beliau mencadangkan supaya Malaysia mewujudkan Akta Larangan Mempromosi Homoseksualiti dan Tasyabbuh (cross-dressing).

“Kita sudah perlu kepada Akta Larangan Mempromosi Homoseksualiti dan Tasyabbuh (cross-dressing).”

Sambung beliau lagi, keperluan kepada akta ini adalah, “Kepada sesiapa yang terlibat dan boleh didefinasikan sebagai menggalakkan/mempromosi satu bentuk gaya hidup yang dilarang oleh Agama Islam sesuai dengan nilai agama dan budaya kita.”

Tambah beliau, akta tersebut perlu diwujudkan dan diklasifikasikan supaya terpakai kepada individu, syarikat mahupun NGO.

Menurut Prof Rafidah lagi, semakin hari budaya menormalisasikan Homoseksualiti dan Tasyabbuh sudah semakin terlalu terbuka dan serius.

Mengakhiri hantarannya, beliau meletakkan tanda pagar #MasyarakatTerpelihara, #LGBTQbukanBudayaKita, dan #LGBTQbukanNilaiKita membawa mesej Malaysia bukan negara LGBTQ.

Antara komen netizen di Facebook Prof Rafidah, Basrul Baseri, “Gay makin menjadi2. Marahkan filem luar. Dalam nagara pon dah start.”

 

WhatsApp-Image-2021-12-05-at-12.25.25-PM-300x123.jpeg

Pezol Pejol, “HARAP LEMBAGA PENAPISAN FILEM NEGARA X TIDO.. Ada akta kan? Terus report polis.. simple..

WhatsApp-Image-2021-12-05-at-12.25.24-PM-300x163.jpeg

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok babak romantik membabitkan dua pelakon lelaki dalam satu filem yang berjudul Stay Away From Me yang mula ditayangkan semalam.

Menurut pelakon utama filem tersebut, ketika mesyuarat pertama, ‘storyboard’ yang diberi tidak membabitkan babak-babak sebegitu. Tetapi produksi menambah beberapa babak termasuklah babak romantik setelah separuh proses penggambaran dijalankan.

Video babak romantik yang digelar BL (boylove) tersebut dihujani oleh komen-komen tidak berpuas hati, dan ada juga yang mempersoalkan bagaimana filem tersebut melepasi tapisan dan boleh ditayangkan di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button