Tempatan

Penindasan Rider P-Hailing , Menteri Kerajaan Mesti Masuk Campur – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Disember 2021 – Kita dipanaskan dengan pendedahan demi pendedahan penindasan terhadap para rider P-Hailing.

Menurut Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya, isu yang paling menekan adalah para rider tidak diiktiraf sebagai pekerja syarikat walaupun mereka bekerja dengan syarikat tersebut.

“Isu utamanya adalah pada isu regulasi dan polisi. Kementerian khusus manakah yang bertanggungjawab ke atas industri P-Hailing (penghantar makanan dan barangan) ini?”

“Apakah Kementerian Sumber Manusia? Apakah Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna? Apakah Kementerian Pengangkutan?” soal Haji Aminuddin.

Difahamkan para rider tidak dilindungi insurans, tiada KWSP, tiada SOCSO dan seumpamanya.

Tambah beliau, apabila berlaku sesuatu isu melibatkan rider, menteri-menteri akan main ‘passing-passing’ ke sana sini konon “bukan bidang kuasa kami” sampailah isu itu disenyapkan.

“Semuanya kerana isu mereka bukan pekerja syarikat. Memang itulah yang terjadi pun kerana sudah dua kes pihak kami bantu yang melibatkan adik-adik rider, syarikat tak ambil tanggungjawab langsung pun. Syarikat pun tidak ‘dikacau’ pun apabila rider-rider mereka kena kes mahkamah. Kerana apa? Kerana tiada regulasi dan polisi yang jelas.”

Di samping itu, Pengerusi PEMBELA itu menegaskan bahawa beliau mahu Menteri Agama masuk campur dalam isu KPI rider dikurangkan hanya kerana mereka menunaikan solat.

“Menteri Agama mesti campur tangan dalam isu ini juga, kerana sudah masuk isu halal haram dan hak untuk menunaikan solat.”

“Isu solat memang ‘real’ kerana saya ada terlihat komen-komen di Facebook, ramai juga adik-adik rider berkongsikan ‘trick’ atau helah untuk solat ketika bekerja tanpa dijatuhkan KPI. Nak solat pun takkanlah terpaksa berhelah dan curi-curi? Ini sangat menyedihkan,” ujar beliau.

Oleh itu, Haji Aminuddin berharap agar kerajaan segera mengambil tindakan dengan membuat polisi untuk para rider.

“Jika tidak, mungkin tiba masanya untuk adik-adik rider bersolidariti ‘ambil cuti’ sebentar, kita tengok apa jadi dengan syarikat-syarikat gergasi yang angkuh itu.”

“‘Ambil cuti’ tak salah kan? Lagipun mereka bukannya pekerja syarikat yang diiktiraf dan ada jaminan apa-apa dari syarikat pun,” kata beliau mengakhiri kenyataan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button