Tempatan

Tubuh Satu Jawatankuasa Khas Kaji Kecacatan Dalam Enakmen & Boleh Gunakan Zakat Untuk Tugas Ini – Mufti Pahang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 April 2022 – Sahibus Samahah Mufti Pahang Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman menyarankan agar sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji kecacatan-kecacatan yang ada dalam enakmen-enakmen yang boleh mengakibatkan kekalahan umat Islam dalam perundangan.

Wang zakat boleh digunakan bagi tujuan ini kerana ia adalah sebuah jihad yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

“Dari sini saya melihat keperluan untuk jawatankuasa yang bersungguh untuk melihat di mana kecacatan-kecacatan dalam perundangan kita, sebagaimana pihak yang hendak menjatuhkan Islam ini, mereka kaji satu persatu.”

“Sepatutnya ini adalah satu jihad, zakat pun boleh digunakan kalau ini adalah satu jihad membela agama, boleh diperuntukkan sebahagian daripada zakat itu, insyaAllah, untuk kepentingan umat Islam.”

Jawatankuasa ini amat penting, dan boleh dilihat keperluannya dalam kes-kes yang membabitkan akidah anak-anak mualaf yang boleh membawa kekalahan di peringkat perbicaraan kerana memerlukan persetujuan kedua ibu bapanya untuk memeluk Islam sedangkan keputusan itu tidak bertepatan dengan dalil agama.

“Kalau perlu Jawatankuasa Tetap sama ada dari pihak yang bertanggungjawab, JAKIM ke, kalau boleh kita ada jawatankuasa tetap sepenuhnya bagaimana kita melihat kepada enakmen-enakmen, yang mungkin enakmen itu kadang-kadang kita nak salahkan hakim, tapi enakmen itu yang kita buat itu adalah kurang tepat.”

“Dalam Al-Quran, dalam Sunnah, dalam Syariah ada mengatakan kalau anak itu salah seorang dari ibu bapanya masuk Islam, anak ini akan ikut Islam.”

“Kalau ibu bapanya tak ada, kalau datuk, neneknya Islam, anaknya tetap akan jadi Islam. Tetapi oleh kerana kita tak halusi kita mengatakan mesti ‘kedua-duanya’, bukan salah satu dari keduanya. Itulah yang menyebabkan kekalahan kita.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: