Tempatan

Beza Rakyat Dalam Tafsir Westminster Dan Adat Melayu – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 April 2022 – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain berkata, takrifan rakyat berbeza dari sudut kedaulatan, agama Islam dengan sistem Westminster.

Hal ini kerana menurut tafsiran Westminster, rakyat merupakan pemegang kedaulatan, tetapi dari sudut tafsiran adat Melayu, Raja merupakan pemegang amanah.

“Timbul satu pertanyaan, habis yang angkat raja dulu bukannya rakyat? Betul. Tapi takrifan rakyat dari sudut kedaulatan dan pemikiran Westminster dengan Islam berbeza,” ujar beliau.

Tambahnya, ketika ini segala tafsiran berkenaan demokrasi serta kedaulatan harus melalui suara rakyat, tetapi yang sepatutnya, ia hendaklah melihat daripada kehendak Allah S.W.T.

“Kedaulatan di setiap negeri Melayu itu hendaklah kekal pada Duli Yang Maha Mulia Raja di negeri itu mengikut adat Melayu.”

“Apa kedudukan Raja mengikut adat Melayu. Mengikut adat Melayu, kita rujuk pada undang-undang bertulis, existing law. Maksudnya apa, maksudnya bukan keredhaan manusia itu yang dicari. Tapi kerana Allah yang sepatutnya dijadikan pokok utama.”

Kenyataan ini dikeluarkannya sewaktu menjadi salah seorang panelis dalam Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: