Tempatan

Skandal Tanah Masjid Tampin Bongkar Isu Membusung Tanah Orang Islam N9 – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 September 2021 – Isu yang disentuh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun hanya ‘tip of the iceberg’ tentang isu pengambilan tanah-tanah yang telah diperuntukkan kepada umat Islam secara terancang oleh YB-YB ADUN bukan Islam di bawah pentadbiran kerajaan YAB Menteri Besar, kata Pengerusi PEMBELA Hj Aminuddin Yahaya.

Salah satu daripada isu yang sedang hangat dibangkitkan oleh media ialah perancangan untuk mengambil sebahagian daripada 25 ekar tanah yang telah diperuntukkan sebagai kawasan kubur umat Islam di Lenggeng, untuk diberikan kepada penganut Hindu di kawasan tersebut.

Perkara ini turut dibantah oleh penganut-penganut Islam yang merupakan 95% majoriti di kawasan itu.

“Malah kami juga mendapati laporan daripada penduduk Islam, tanah dan bajet kewangan yang telah diperuntukkan oleh pemaju untuk membina surau di Taman Melati 1 & 2 Nilai, telah dibantah oleh ADUN bukan Islam tersebut sehingga pembinaan surau tersebut digagalkan.”

Menurut Hj Aminuddin, YAB MB sepatutnya memberi amaran kepada ADUN-ADUN di bawah penjagaannya supaya tidak terus melakukan tindakan-tindakan provokasi yang mengganggu sensitiviti masyarakat setempat.

“Rakyat terutamanya seluruh warga Negeri Sembilan mahukan tindakan dan pendirian yang tegas mengenai mana-mana tanah rizab milik umat Islam,” ujarnya.

Atas sebab ini, PEMBELA “memberi amaran serta peringatan kepada ahli-ahli politik khususnya wakil-wakil rakyat kerajaan berstatus EXCO agar tidak bertindak sesuka hati dalam hal-hal tanah dan agama Islam yang membelakangkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Ketua Agama Negeri”.

“Kami ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa tindakan ADUN-ADUN PH terutamanya dari DAP ini yang mensasarkan tanah-tanah milik umat Islam ini, boleh dianggap sebagai satu tindakan yang boleh mengundang keadaan tidak tenteram di dalam hubungan antara kaum dan agama di Malaysia,” kata Hj Aminuddin lagi.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button