NGO

Esok! Himpunan NGO Islam Di Kedutaan India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Jun 2022 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), UMMAH dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menjemput semua NGO dan orang awam untuk sama-sama menyertai “Serahan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan India yang akan diadakan pada hari esok (Jumaat), 10 Jun 2022.

Serahan ini akan dilakukan selepas solat Jumaat bertempat di Kedutaan India di Malaysia, Wisma HRIH Lotus, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Selain itu, satu himpunan membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan pada hari esok, juga selepas solat Jumaat bertempat di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang,  Taman Setapak Indah Jaya, Kuala Lumpur.

Baru-baru ini kerajaan India membangkitkan kemarahan dunia terutama Muslim selepas seorang pemimpin parti Bharatiya Janata Party (BJP) Nupur Sharma mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Penghinaan tersebut dikeluarkan sewaktu dia mengulas mengenai isu Masjid Gyanvapi di Varanasi dalam satu rancangan debat berita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker