Tempatan

Tuntut Kembali Manuskrip & Artifak Tanah Melayu Dalam Tangan British – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 September 2022 – “Saya difahamkan ribuan manuskrip dan artifak dari Tanah Melayu masih ada pada simpanan Kerajaan British. Sampaikan kita pula perlu ke sana untuk membuka semula manuskrip kita untuk rujukan sejarah, undang-undang dan sebagainya.”

Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya menerusi laman Facebooknya mengenai manuskrip dan artifak lampau Tanah Melayu yang sebenarnya sangat penting untuk kita kerana terdapat banyak isi kandungan yang membuktikan kemegahan tamadun kita. Ia juga mampu mengubah naratif kenegaraan kita keluar dari apa yang telah didasarkan oleh pihak kolonial dahulu.

“Kerana sehingga hari ini, Melayu sentiasa dimomokkan sebagai bangsa yang tiada tamadun dan hanya mampu mencedok-cedok tamadun lain sahaja. Sampaikan undang-undang pun perlu selalu rujuk amalan lampau negara lain.”

“Ya, memang banyak tinggalan dan asas yang didasarkan oleh pihak kolonial terutamanya British yang telah kita berjaya ubah tetapi hakikatnya itu hanyalah sebahagian kecil dari sepatutnya,” tegas beliau.

Hj Aminuddin yang tegas dalam kenyataan yakin serta percaya, jika kita memiliki lebih banyak bahan rujukan dan bukti maka, artifak dan manuskrip lampau yang bertebaran di serata dunia khususnya dunia Barat, bukan sahaja di United Kingdom boleh dijadikan asas serta pemangkin kepada segala perubahan.

Menurut beliau, itu dari apa yang terzahir dalam muzium-muzium atau arkib-arkib di London sahaja, belum lagi disentuh mengenai apa yang disorokkan.

Pengerusi PEMBELA itu turut berharap agar pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan idea tersebut.

“Tidak pasti, mungkin perlu juga desakan dari pakar-pakar sejarah tempatan dan bidang berkaitan serta rakyat marhaen juga untuk Kerajaan bergerak,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: