Tempatan

Pahang Setuju Beri Bantuan Raya Untuk Imam, Bilal Dan Siak Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 06 April 2023 – Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk turut memberikan Bantuan Khas Aidilfitri 2023 kepada Imam, Bilal dan Siak masjid di seluruh negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan bantuan RM300 seorang kepada 980 imam masjid, RM200 seorang kepada 877 Bilal masjid dan RM200 seorang kepada 854 Siak masjid.

Ini menjadikan jumlah peruntukan untuk Imam masjid adalah sebanyak RM294,000, Bilal masjid dengan jumlah RM175,400 manakala jumlah peruntukan bagi Siak pula adalah sebanyak RM170,800.

BACA JUGA: Banteras Wabak Anjing Gila, Pemilik Anjing Digesa Pohon Lesen

BACA JUGA: Rusuhan Malyana, India: Nasib 72 Mangsa Muslim Tidak Terbela – Keluarga

BACA JUGA: Ramai Majikan Belum Laksanakan Gaji Minimum

Secara keseluruhannya, ia melibatkan penambahan peruntukan berjumlah RM640,200 yang memberi manfaat kepada 2,711 penerima.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan agar bantuan khas ini dapat mengurangkan beban penerima terutamanya dalam membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Katanya, bantuan yang diberikan ini juga dilaksanakan mengikut keupayaan kewangan Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidilfitri 2023 kepada lima kategori penerima termasuk penjawat awam Pahang iaitu seramai 8,000 orang.

“Bagi keenam-enam kategori ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13,597,100 yang memberi manfaat kepada 25,684 orang penerima menerusi Bantuan Khas Aidilfitri 2023 ini,” tambah beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: