Tempatan

Kerajaan Negeri Pahang Dedah Senarai ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’ Palsu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 Januari 2023 – Kerajaan Negeri Pahang telah mendedahkan senarai nama individu yang menggunakan gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ secara palsu.

Pendedahan tersebut dibuat di laman Facebook Kerajaan Negeri itu Selasa baru-baru ini oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin bin Ishak.

326106215_710268183939813_594476924799223727_n.jpg?resize=300%2C424&is-pending-load=1#038;ssl=1

Sallehuddin berkata kepada media tempatan, setakat ini pihaknya hanya mengeluarkan nama 29 individu tersebut dan tidak mengambil tindakan lanjut.

Ia dikeluarkan susulan pemalsuan senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur oleh Sultan Pahang yang dibuat oleh dua individu.

BACA JUGA: CPTPP: ISDS, Malaysia Berpotensi Disaman Berbilion

BACA JUGA: 0% Tarif Import, Penternak Tempatan Akan Hilang Perlindungan Jika CPTPP Terlaksana – PEMBELA

BACA JUGA: 3 Lagi Rakyat Malaysia Bakal Ke Tali Gantung Di Singapura

Kedua-duanya telah didakwa di mahkamah pada 28 Disember lalu kerana menukar kandungan laman web yang menguruskan penganugerahan pingat dan gelaran hormat dua tahun lalu.

Tertuduh dipercayai menggunakan nombor pengenalan mereka untuk memasukkan nama individu yang tidak pernah disenarai pendek untuk anugerah berkenaan ke dalam laman web.

Bagaimanapun, mereka dibenar ikat jamin RM5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan sebutan pada 13 Februari.

Mengulas lanjut, Darjah Kebesaran ini mengizinkan penerima menggunakan gelaran ‘Datuk’ atau ‘Datuk Seri’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: