Tempatan

Tanah Runtuh: Pahang Pantau Penerokaan Tanah Haram Cameron Highlands

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 30 Januari 2024 – Kerajaan Pahang akan terus memantau kawasan penerokaan tanah haram yang menyebabkan kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya kesal dengan kejadian tersebut kerana masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab di situ.

Tegasnya, “Walaupun kita kawal, kita pantau dan bawa mereka ini (penceroboh) sampai ke peringkat mahkamah, tetapi masih ada lagi yang berbuat demikian.”

Tambah Wan Rosdy, kerajaan negeri begitu serius mengekang jenayah tersebut dengan tidak lagi mengenakan kompaun sebaliknya mengambil tindakan mahkamah.

“Kita tidak lagi kompaun tetapi bawa terus ke mahkamah. Bukan untuk mengaibkan atau memalukan tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada mereka yang membuat kerja-kerja yang tidak sihat ini.”

“Kejadian ini sedikit sebanyak menjejaskan imej kerajaan negeri kerana kita pantau, namun bila buat secara haram ia di luar kawalan kita, negeri Pahang ini luas,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata, tragedi tanah runtuh di Cameron Highlands Jumaat lalu yang telah mengorbankan lima mangsa adalah amaran dan tanda risiko musibah lebih besar termasuk berkaitan bekalan air pada masa depan.

Kerajaan negeri juga sudah tidak dapat bersabar lagi apabila aktiviti pencerobohan semakin banyak berlaku seolah-olah mereka mencabar kewibawaan kepimpinan kerajaan Pahang dan agensi penguatkuasaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: