Tempatan

JAIP Luluskan BPP COVID-19 & Bayaran Khas One-Off Melalui Peruntukan Negeri – YB Dato’ Sri Syed Ibrahim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 10 Disember 2021 – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad memaklumkan, Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM119.64 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM9.62 juta perbelanjaan pembangunan untuk Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi tahun ini.

Ujar beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntukkan RM49.9 juta kepada Kerajaan Negeri untuk bayaran elaun 2,662 orang guru KAFA, 3,795 orang pegawai kariah masjid dan 401 orang Guru Takmir.

“Pihak JAKIM turut menyalurkan peruntukan pembangunan sebanyak RM594,000 untuk Fasa 1 bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan 11 buah sekolah menengah agama negeri (SMAN).”

“Selain itu, JAIP juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM4.5 juta oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi projek bina baru Asrama Perempuan Sekolah Menengah Agama Maran,” kata beliau sewaktu sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Pahang Yang Ke-14 Sidang Dewan Negeri (DN) Pahang di Wisma Sri Pahang, semalam.

Tambah Dato’ Sri Syed Ibrahim, Kerajaan Negeri melalui JAIP juga telah meluluskan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 kepada golongan yang terjejas akibat wabak dari kalangan Guru KAFA, Penggerak Masyarakat Orang Asli dan Pengusaha Kantin sebanyak RM363,200.

Bukan itu sahaja, beliau juga melaporkan, Kerajaan Negeri melalui JAIP juga telah melaksanakan beberapa inisiatif YAB Menteri Besar Pahang melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM5.04 juta.

“Antaranya ialah pembelian sebanyak 16 buah kenderaan, bayaran khas One-Off RM300 kepada 350 orang guru Quran asrama, Insentif Kecemerlangan SPM Tahun 2020 (SMAN) dan saguhati kepada seramai 31 orang pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) SMAN Pahang yang akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.”

“Selain itu bayaran khas one-off RM750 kepada 1,032 orang Imam Kariah, bayaran khas one-off RM250 kepada 888 orang bilal dan 889 orang siak, bayaran khas one-off RM300 kepada 2,628 orang guru KAFA, bayaran khas one-off RM500 kepada 401 orang Guru Takmir, 15 orang penyelia surau atau masjid dan 40 orang penyelia KAFA, Inisiatif Pemberian Jubah Pegawai Masjid kepada seramai 5,829 orang imam, bilal dan siak serta insentif khas pasangan-pasangan pengantin,” maklum beliau.

Leave a Reply

Back to top button