Tempatan

Pahang Mohon Kelulusan Kerajaan Persekutuan Bina Kolej Universiti Tahfiz dan Sains

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 16 Ogos 2023 – Kerajaan Pahang bercadang memohon kelulusan Kerajaan Persekutuan bagi membina sebuah Kolej Universiti Tahfiz Al-Quran dan Sains di negeri itu.

Menerusi sebuah temu bual, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, “Saya percaya rakyat Pahang pasti gembira kalau mendapat sebuah universiti, yang tidak pernah ada lagi di Pantai Timur ini, cuma di Pahang ini kita ada Universiti Islam UNIPSAS (Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah).”

Tambah beliau, pihak Kerajaan Negeri akan membuat permohonan namun terpulang kepada Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan permohonan tersebut.

BACA JUGA: Lebih 200 Sekolah Agama Selangor Diarah Tutup, Dihalau Keluar Premis!

BACA JUGA: DPPK Bantah Jemputan Terbuka Pesta Songkran

BACA JUGA: Sabah Boleh Perluas Bilangan Spesies Terancam – Timbalan Menteri

Beliau berkata demikian selepas Kenduri Kesyukuran Kecemerlangan SPM 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan, semalam.

“Seramai 220 pelajar dari Kuantan daripada 389 orang pelajar dari seluruh Pahang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran dan seramai lima pelajar dari Kuantan berbanding lapan pelajar dari seluruh Pahang telah memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran,” maklumnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: