Tempatan

Tiada Kenaikan Cukai Tanah Dalam Tempoh 5 Tahun – MB Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 10 Mei 2023 – Tiada kenaikan kadar cukai tanah dalam tempoh lima tahun ini, menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Saya memberi jaminan di dewan yang mulia ini bahawa tidak ada cadangan menaikkan cukai tanah dalam masa lima tahun. Ini merupakan jaminan Kerajaan Negeri,” katanya.

Namun sebaliknya, beliau berkata Kerajaan Negeri akan memastikan agar hasil tanah dapat digandakan menerusi kutipan hasil berulang.

BACA JUGA: Pahang Mohon Peruntukan RM414 Juta Baiki Jalan Rosak

BACA JUGA: Lebih 11,000 Data Peribadi Calon Bocor, UiTM Mohon Maaf

BACA JUGA: Pakistan ‘Bergegar’! Mantan PM Ditangkap

Beliau yang menjawab kepada pertanyaan tambahan Chan Chun Kuang (PKR-Semambu) turut mengatakan bahawa pemilikan tanah juga akan diberikan kepada agensi-agensi Kerajaan serta badan berkanun termasuk FELCRA, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Apakah cadangan-cadangan yang akan kita laksanakan kerana kita tidak boleh kekalkan dengan status quo? Kita tahu kenaikan gaji, barang naik dan pertambahan penjawat awam dan sebagainya, jadi Kerajaan Negeri kena berusaha untuk mempertingkatkan lagi hasil untuk Kerajaan Negeri,” jelas beliau sewaktu sesi pertanyaan lisan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Sebelumnya, Chan Chun Kang mengutarakan pertanyaan berhubung perancangan Kerajaan Negeri dalam peningkatan hasil cukai dalam tempoh lima tahun dan adakah kadar cukai akan dinaikkan.

Dalam kenyataan yang sama, Wan Rosdy turut menjelaskan bahawa usaha yang bakal dilaksanakan itu adalah dengan meningkatkan hasil tanah tanpa menaikkan cukai tanah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: