Tempatan

Cubaan Buka Tanah Haram Atas Tanah Kerajaan Dipatahkan Di Raub

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 14 Julai 2023 – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) berjaya mematahkan cubaan membuka tanah haram di atas tanah kerajaan di Raub semalam, menurut kenyataan Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

“Berdasarkan maklumat yang saya terima, anggota UPNP Zon Pahang telah melakukan rondaan penguatkuasaan sekitar daerah Raub kira-kira jam 3.30 petang tadi (semalam).”

“Setibanya di Sungai Rambai, anggota UPNP mendapati sebuah jentera jengkaut sedang melakukan kerja-kerja membersihkan sekitar kawasan tersebut.”

“Anggota operasi telah bertindak menahan jengkaut tersebut, namun pemandu jengkaut itu melarikan diri terlebih dahulu setelah menyedari kehadiran anggota UPNP.”

BACA JUGA: Orang Melayu Islam Semakin Tertindas Di Raub, Minta Kerajaan Kaji Balik – Dato’ Fakrunizam

BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal

BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam

“Kemudiannya, seorang lelaki telah tampil dan memperkenalkan diri sebagai pemilik jengkaut dan pegawai serbuan telah meminta pemilik jengkaut tersebut memberi dokumen kelulusan atau permit berkenaan aktiviti yang dilakukan namun gagal,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Ekoran itu, pihak UPNP bertindak merampas jentera tersebut bagi tujuan siasatan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pendudukan secara tak sah di atas tanah kerajaan.

Beliau dalam kenyataan itu justeru menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak berkompromi dengan aktiviti penerokaan tanah secara haram di mana-mana kawasan di negeri berkenaan.

Beliau juga telah meminta kepada pihak UPNP agar operasi penguatkuasaan diteruskan pada setiap masa agar aktiviti sedemikian dibanteras dengan sebaiknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: