Tempatan

Selepas MBOR, Pekan Sehari Temerloh Bakal Dijadikan Tapak Warisan Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEMERLOH, 19 Disember 2023 – Tapak Pekan Sehari Temerloh yang mendapat pengiktirafan sebagai pekan sehari terpanjang di Malaysia dengan jumlah peniaga paling ramai dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) akan diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, satu perbincangan telah dilakukan bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat untuk membuat permohonan tersebut.

“Tapak Pekan Sehari Temerloh di pertemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan akan diangkat sebagai tapak warisan negeri Pahang berasaskan kepada kesesuaian tapak pekan sehari yang menjadi kegiatan ekonomi rakyat.”

“Ia wujud sekitar tahun 1870 dan mempunyai sejarah dan keunikannya tersendiri,” katanya selepas majlis Penyerahan Sijil MBOR oleh wakil MBOR di Terminal Bas Lurah Semantan, semalam.

Menurutnya, walaupun ada peningkatan tetapi warisan harus dikekalkan kerana tradisi itu yang menarik minat orang datang ke Pekan Sehari Temerloh.

Sementara itu, Suris memberitahu, pihaknya akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk urusan permohonan membabitkan antaranya dokumen yang diperlukan untuk merealisasikan usaha tersebut.

“Kita akan melakukan proses ini secepatnya seawal suku tahun 2024 bagi memastikan Pekan Sehari Temerloh mendapat pengiktirafan di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: