Tempatan

8,000 Penjawat Awam Pahang Bakal Terima Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 05 April 2023 – 8,000 penjawat awam Negeri Pahang bakal menerima Bantuan Khas Aidilfitri 2023.

Menurut hantaran Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Facebook rasminya, Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidilfitri 2023 kepada lima kategori penerima di negeri tersebut.

Untuk Kategori Pertama, RM1,200 akan disalurkan kepada setiap penjawat awam Negeri Pahang iaitu seramai 8,000 orang.

BACA JUGA: Pendirian Bar Council Tidak Konsisten & Nampak Politikal – Lukman Sheriff

BACA JUGA: Melayu Islam Tidak Pernah Bersikap Angkuh Di Negara Ini – Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

BACA JUGA: Al-Aqsa Diserang Lagi!

Bagi Kategori Kedua, sebanyak RM200 akan disalurkan kepada 700 anak yatim yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kategori Ketiga pula, seramai 4,500 pesara Kerajaan Negeri Pahang bakal menerima RM200.

Kategori Keempat, RM200 akan diberikan kepada setiap ibu tunggal miskin iaitu seramai 7,000 orang.

Dalam Kategori Kelima, RM500 akan diberikan kepada setiap Pengerusi JPKK, Timbalan Pengerusi JKKKR, Pengerusi JPKKOA dan Tok Batin manakala sebanyak RM200 juga akan diberikan kepada Setiausaha JPKK iaitu seramai 2,773 orang.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan harapan agar bantuan khas tersebut dalam meringankan beban penerima terutamanya dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: