Antarabangsa

Denda Hampir RM480,000 Jika Guna Bahasa Inggeris

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ITALI, 06 April 2023 – Penjawat awam dan badan kerajaan yang menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa asing lain dalam komunikasi rasmi akan didenda hampir RM480,000 (€100,000).

Menurut laporan, undang-undang baharu yang diperkenalkan oleh parti Brothers of Italy pimpinan Perdana Menteri Giorgia Meloni itu menegaskan, denda tersebut akan dikenakan atas penggunaan semua bahasa asing selain bahasa ibunda negara itu.

BACA JUGA: Penjawat Awam, Guru Kafa Pulau Pinang Bakal Terima Bantuan Khas Aidilfitri

BACA JUGA: Guna Kad Pengenalan Palsu, Penjual Cendol Dipenjara 11 Bulan

BACA JUGA: Serangan Masjidil Aqsa, Menteri Seru Laksana Solat Hajat Hari Ini

“Walaupun ia merangkumi semua bahasa asing, ia lebih menjurus kepada “Anglomania” atau penggunaan perkataan Inggeris, di mana draf RUU itu menyatakan “merendahkan dan menghina” Bahasa Itali, sambil menambah bahawa ia lebih teruk kerana UK bukan lagi sebahagian daripada EU.”

Tambah draf RUU itu, entiti asing pula perlu mempunyai edisi Bahasa Itali bagi semua peraturan dalaman dan kontrak pekerjaan.

Di samping itu, mereka yang menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan mestilah mempunyai “pengetahuan bertulis dan lisan serta penguasaan Bahasa Itali.”

Bukan itu sahaja, RUU itu yang dikatakan masih belum dibahaskan di parlimen Itali turut melarang penggunaan Bahasa Inggeris dalam dokumentasi rasmi, termasuk “akronim dan nama” peranan pekerjaan dalam syarikat yang beroperasi di negara itu.

“Artikel pertama perundangan menjamin bahawa walaupun di pejabat yang berurusan dengan orang asing yang bukan berbahasa Itali, Bahasa Itali mestilah bahasa utama yang digunakan.”

“Artikel 2 akan menjadikan penggunaan Bahasa Itali “wajib untuk promosi dan penggunaan barangan dan perkhidmatan awam di wilayah negara.” Tidak berbuat demikian boleh dikenakan denda antara €5,000 (RM2,3977.61) dan €100,000 (RM 479,552.16).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: