Antarabangsa

Majlis Keselamatan PBB Ditegur Liga Arab, Jangan Terlalu Fokus Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 10 Jun 2023 – Liga Negara-Negara Arab telah menegur Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar tidak menjadikan konflik di Ukraine sebagai sebuah keutamaan dan mengabaikan konflik-konflik lain yang berlaku.

Majlis Keselamatan PBB itu pada Khamis lalu telah ditegur agar tidak mengabaikan pelbagai konflik global serta krisis-krisis kemanusiaan terutamanya di rantau Timur Tengah seperti Yaman, Syria, Somalia serta Sudan dan hanya memberi perhatian kepada Ukraine.

BACA JUGA: GEMPAR! Belgium Cipta Teknologi Proses Darah Babi Menjadi Air Minuman

BACA JUGA: Siam Boleh Tuntut Kedah: PMX Jangan Merepek Bab Sejarah Negara – Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Gunakan MyKad, Sekat Ketirisan Subsidi

Teguran tersebut telah disuarakan oleh Setiausaha Am Liga Negara-Negara Arab, Ahmed Aboul Gheit dengan kenyataan bahawa dunia kini berada dalam keadaan yang kritikal di mana tekanan semakin meningkat serta polarisasi kuasa-kuasa besar sedang berlaku.

Menurut Ahmed lagi, konflik dan tekanan yang berlaku di seluruh dunia kini telah mengarah kepada konfrontasi nuklear.

Selain itu, Ahmed turut menyatakan bahawa konflik dan tekanan yang berlaku kini telah menatijahkan kepada tindak balas yang lemah terhadap cabaran-cabaran moden seperti terorisme, perubahan iklim, kerosakan yang disebabkan teknologi serta percambahan senjata pemusnah besar-besaran.

Ucapan Ahmed itu dibuat sewaktu di dalam sebuah perjumpaan majlis yang dianjurkan oleh Emiriah Arab dalam membincangkan langkah-langkah untuk memperkasakan tindakan bersama oleh PBB serta Liga Arab dalam menangani pelbagai isu termasuklah isu keselamatan serantau serta cabaran-cabaran kemanusiaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: