Antarabangsa

Rusia Anggap Kepulangan Syria Ke Liga Arab, Petunjuk Polisi ‘Arab Merdeka’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 09 Mei 2023 – Rusia telah memuji keputusan untuk memasukkan semula Syria ke dalam Liga Arab dengan kenyataan bahawa ianya adalah sebuah tindakan yang menunjukkan niat bahawa negara-negara Arab ingin menguruskan ‘polisi tersendiri dalam pentas global’.

Kemasukan Syria ke dalam Liga Arab itu adalah perkara yang tidak disukai oleh Amerika Syarikat (AS), di mana AS sangat menolak sebarang normalisasi dengan rejim Bashar al-Assad.

Pujian Rusia terhadap tindakan menyertakan kembali Syria ke dalam Liga Arab tersebut telah dinyatakan oleh jurucakap bagi Kementerian Luar Rusia, Maria Zakhrarova pada Ahad lalu.

BACA JUGA: Kumpulan Aktivis Bantah Cadangan Bina LRT P.Pinang

BACA JUGA: DAP Alergik Dengan Perpaduan Melayu – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: ‘Kaum Nabi Lut’ Dialu-alukan Ke Saudi

Menurut Zakhrarova, tindakan yang diambil oleh Council of Arab League Foreign Ministers itu telah menunjukkan aspirasi negara-negara Arab untuk memperkasakan koordinasi tindakan-tindakan dalam menyelesaikan isu serantau dan antarabangsa yang berkaitan.

Tindakan tersebut juga, menurut kenyataan Zakhrarova adalah pengesahan bahawa negara-negara Arab tersebut berniat untuk terus menguruskan polisi mereka secara tersendiri berdasarkan kepentingan utama mereka sendiri di masa hadapan.

Pada Ahad lalu, para perwakilan kerajaan-kerajaan negara Arab telah membuat undian yang dijalankan di Mesir bagi mengembalikan Syria ke dalam Liga Arab.

Perkara tersebut berlaku beberapa hari setelah beberapa diplomat tinggi daripada Jordan, Syria, Arab Saudi, Iraq dan Mesir mengadakan perbincangan berkenaan hal mencari jalan penyelesaian politik bagi krisis Syria.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: