Antarabangsa

Perubahan Iklim & Wabak COVID, 50 Juta Jiwa Bakal Kebuluran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 24 SEPTEMBER 2022 – Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia, David Beasley mengeluarkan kenyataan bahawa sekitar 50 juta manusia kini berada di ambang kebuluran. Bahkan, lebih ramai lagi yang menghadapi isu keselamatan makanan.

Beasley juga memberi peringatan mengenai “huru hara” serta pergolakan di serata dunia jika negara-negara tidak berjaya menyelesaikan masalah kekurangan bahan api, bijirin, baja serta beberapa perkara penting dalam penghasilan makanan.

Beliau juga menyeru agar negara-negara penyumbang serta para dermawan persendirian dapat mengambil tindakan bagi mengelakkan krisis kebuluran yang dahsyat.

Pada temu bual tersebut, beliau turut menyatakan krisis dahsyat yang akan terjadi ini lebih buruk daripada kejadian tahun 2007-2008 serta 2011. Menurutnya,

“50 juta manusia di 45 negara kini sedang berada di ambang kebuluran. Jika kita tidak dapat menjangkau mereka ini, kamu akan menghadapi wabak, kebuluran, ketidakstabilan negara-negara yang tidak dapat ditandingi oleh apa yang kita pernah lihat pada 2008-2008 dan 2011, dan kamu akan mendapati adanya perpindahan besar-besaran.”

Pada 2017, jumlah manusia yang menghadapi masalah bekalan makanan adalah sekitar 80 juta dan kini jumlahnya telah melonjak kepada 345 juta.

Antara faktor berlakunya krisis tersebut adalah berikutan pandemik COVID-19, isu rantaian bekalan makanan yang disebabkan oleh konflik di Ukraine serta tekanan yang dikenakan oleh pihak Barat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: