Antarabangsa

Bunuh Warga Palestin Tidak Akan Menjadikan Israel Lebih Selamat – Duta Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 20 Oktober 2023 – Riyad Mansour, pemerhati tetap Palestin kepada PBB menyatakan pada Rabu lalu bahawa sekiranya Majlis Keselamatan menggesa gencatan senjata dua hari lalu, ia dapat menyelamatkan ratusan nyawa.

Mansour berkata demikian kepada ahli majlis, yang mana ianya merujuk kepada draf resolusi yang dicadangkan oleh Rusia pada Isnin lalu. Ia juga telah menggesa gencatan senjata atas alasan kemanusiaan tetapi telah ditolak oleh majlis.

Membunuh rakyat Palestin tidak akan sekali-kali menjadikan Israel lebih selamat, katanya pada pertemuan tersebut sehari selepas serangan ke atas Hospital Al-Ahli di Gaza pada Selasa lalu yang telah mengorbankan ratusan pesakit dan orang awam yang berlindung di hospital.

Pembunuhan beramai-ramai di Hospital Al-Ahli adalah suatu peningkatan situasi yang berbahaya, dan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, kata Al-Hassan yang bercakap bagi pihak anggota Majlis Kerjasama Teluk.

Bercakap bagi pihak Kumpulan Arab di PBB, utusan Jordan Mahmoud Hmoud pula berkata negara-negara Arab mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai di Hospital Al-Ahli. Rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya untuk jenayah perang yang kejam ini, tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa pendudukan Israel adalah sebab disebalik konflik ini berlaku dan menyeru jika kita mahukan keamanan dan keselamatan negara, Palestin yang merdeka perlu ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya.

Wakil tetap Mesir ke PBB, Osama Abdelkhalek pula menyifatkan serangan ke atas Hospital Al-Ahli sebagai cubaan untuk mencabut rakyat Palestin dan menghalau mereka dari wilayah mereka dan turut memberi amaran bahawa pencerobohan dan kejahatan rejim Israel tidak boleh diteruskan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: