Tempatan

Pengapungan Harga Bakal Tingkatkan Harga Telur Tempatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan bahawa harga ayam dan telur tidak lagi disubsidi, sebaliknya akan diapungkan bermula 1 Julai ini,

Ujarnya, penamatan itu bagi membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.

BACA JUGA: GEMPAR! Belgium Cipta Teknologi Proses Darah Babi Menjadi Air Minuman

BACA JUGA: Siam Boleh Tuntut Kedah: PMX Jangan Merepek Bab Sejarah Negara – Hj Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Gunakan MyKad, Sekat Ketirisan Subsidi

Menurut seorang penganalisis dari MIDF Research, Genevieve Ng Pei Fen, harga telur berpotensi meningkat dalam masa terdekat ini berikutan bekalan sumber makanan itu yang terhad di Malaysia.

“Kami percaya bahawa pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan mendadak selepas kawalan harga ditamatkan, namun harga telur mungkin meningkat disebabkan bekalan yang terhad di peringkat domestik dan antarabangsa,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Tambahnya, selain bekalan terhad di peringkat domestik, penularan selesema burung global telah menyebabkan bekalan telur di negara lain turut berkurangan, sekali gus berpotensi menjadikan harga telur import menjadi lebih mahal di Malaysia.

Pada April lalu, harga purata bagi ayam adalah RM10.45 sekilogram, manakala harga telur gred A adalah 47 sen sebiji, gred B (45 sen sebiji) dan gred C (44 sen sebiji).

Susulan pengumuman pengapungan harga ayam dan telur itu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Datuk Seri Mohamad Sabu untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan harga telur yang dijangka naik dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: