Antarabangsa

OIC, PBB Kutuk Serangan Pengganas Di Somalia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEDDAH, 23 Ogos 2022 – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekerasnya serangan pengganas di Mogadishu, Somalia yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang.

Hissein Brahim Taha, Setiausaha Agung OIC mengecam perbuatan keji itu dan menyatakan solidariti beliau bersama keluarga mangsa, Kerajaan dan juga rakyat Somalia. Beliau juga menekankan prinsip OIC yang menentang segala bentuk keganasan.

Di samping itu, menerusi satu kenyataan rasmi PBB, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengecam serangan tersebut dan menyatakan bahawa PBB menyokong perjuangan rakyat Somalia dalam menentang keganasan dan perarakan mereka ke arah keamanan.

Lapor media Arab, serangan tersebut turut menerima kecaman keras daripada beberapa buah negara lain seperti Arab Saudi, Mesir, Afrika, Amerika Syarikat, Britain dan Turkiye.

Ujar Kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi, Kerajaan Saudi menolak semua bentuk keganasan dan ekstremisme, serta menyatakan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan Kerajaan Somalia.

Mesir pula menegaskan solidariti mereka sepenuhnya bersama Somalia dalam penderitaan yang menyakitkan ini. Mesir menekankan tentangan menyeluruh terhadap semua bentuk keganasan dan ekstremisme.

Pasukan bersenjata elit Somalia telah memerangi militan selama 30 jam bermula petang Jumaat sejurus sahaja pengganas menyerang dan meletupkan sebuah hotel yang terkenal dengan Ahli Parlimen dan pegawai Kerajaan.

Pesuruhjaya Polis Abdi Hassan Mohamed Hijar berkata bahawa tentera Somalia telah membuat pengepungan di Hayat dan membebaskan 106 mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak. Tiga pengganas juga ditembak mati semasa operasi ketenteraan untuk menamatkan kepungan.

Dikatakan, kumpulan pengganas Al-Shabab yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda telah mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.

‘Serangan berani’ itu adalah mesej kepada Kerajaan baharu dan sekutu antarabangsanya. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa mereka masih wujud, sangat relevan dan masih boleh menembusi sistem keselamatan Kerajaan dan melakukan serangan sedemikian, kata Samira Gaid, Pengarah Eksekutif Institut Hiraal.

Menteri Kesihatan Somalia, Dr Ali Haji Adam melaporkan 21 kematian dan 117 orang mengalami kecederaan, dengan sekurang-kurangnya 15 orang dalam keadaan kritikal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: