Tempatan

TPM Gesa Kerajaan Bangunkan Suruhanjaya ‘Gig Economy’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2023 – Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) untuk mengawal selia ekosistem industri gig di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, industri tersebut dijangka berkembang pada kadar 23 peratus setiap tahun.

BACA JUGA: Tumbuk Muka dan Kereta Orang Awam, Individu Dipercayai Mabuk Ditahan

BACA JUGA: Pengapungan Harga Bakal Tingkatkan Harga Telur Tempatan

BACA JUGA: Dera Kanak-Kanak, Kerajaan Tidak Akan Berkompromi

“Sektor ini kian berkembang pesat di negara ini dengan lebih 1.12 juta pekerja gig telah berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).”

Justeru, penubuhan suruhanjaya penting bagi bagi menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna sektor tersebut.

“Tambahan pula lebih 80 peratus daripada pengguna ekonomi gig ini adalah terdiri daripada anak muda,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat.

Katanya, beliau percaya penubuhan suruhanjaya ini dapat memberi sinar baharu buat pemain ekonomi gig serta pekerja Grab, LalaMove, Foodpanda di luar sana.

Tambahnya lagi, Kerajaan juga dapat menstrukturkan sistem percukaian ekonomi gig yang menyaksikan pengaliran besar aliran tunai melalui perkhidmatan tersebut ke luar negara.

“Kerajaan tidak boleh mengetepikan arus evolusi digital.”

Jelasnya kerana evolusi digital berkenaan menguasai pasaran ekonomi internet Malaysia yang telah mencapai transaksi ‘multi billion’, sehingga mencecah RM52.4 bilion pada tahun 2020 sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: