Antarabangsa

Dunia Akan Huru-Hara – Setiausaha Agung PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 11 FEBRUARI 2024 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres telah membuat kenyataan bahawa dunia kini sedang menuju “zaman huru-hara”, berikutan perselisihan dalam kalangan Majlis Keselamatan PBB dalam menghadapi isu-isu geopolitik yang kritikal serta krisis global yang sedang berlangsung.

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Rabu lalu sewaktu dalam ucapan tahunan dalam menyampaikan tentang keutamaan bagi tahun 2024 terhadap Majlis Keselamatan PBB di New York.

Dalam ucapan yang sama, beliau turut menyatakan bahawa konflik-konflik serta siri peperangan yang sedang berlaku di seluruh dunia kini sedang membawa kepada realiti yang “merbahaya serta tidak dapat dijangka” bagi orang awam yang tidak bersalah. Ujarnya,

“Bagi jutaan orang awam yang terperangkap dalam konflik di seluruh dunia, kehidupan adalah neraka kelaparan, membunuh yang dihadapi setiap hari.”

Guterres turut menyebutkan tentang antara isu yang memecah belahkan PBB adalah konflik yang sedang berlaku di Gaza. Beliau turut menyentuh tentang pengeboman yang dilakukan oleh rejim Israel yang menyebabkan jutaan orang awam terpaksa mencari perlindungan. Ujarnya lagi,

“Tindakan sedemikian akan memburukkan lagi mimpi buruk kemanusiaan.”

Dalam ucapan yang sama beliau turut membuat penegasan terhadap negara-negara yang ingin memperkasakan persenjataan nuklear mereka dengan mengatakan bahawa tindakan tersebut hanya akan meningkatkan ketegangan serantau. Sambung beliau,

“Setelah berpuluh tahun penarikan nuklear, negara-negara kini bersaing untuk membuat senjata nuklear mereka dengan lebih cepat, lebih licik serta lebih tepat.”

“Mereka mencipta pelbagai cara baharu untuk membunuh sesama sendiri dan untuk memusnahkan kemanusiaan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: