GEMPAR! Belgium Cipta Teknologi Proses Darah Babi Menjadi Air Minuman
ZWEVEZELE, 09 Jun 2023 – Sebuah syarikat di Belgium telah mencipta teknologi yang berupaya memproses darah babi menjadi air minuman untuk kegunaan manusia.
Media melaporkan, syarikat Veos berpusat di Zwevezele, West Flanders mengkhusus dalam menghasilkan protein haiwan dengan memproses darah dan kolagen haiwan menjadi serbuk protein berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk makanan manusia dan haiwan.
Baru-baru ini, Veos telah menggunakan air bawah tanah dalam kuantiti besar bagi membersihkan tangki yang menyimpan darah babi.
Bagaimanapun, syarikat itu mendapati, menerusi teknologi penyulingan air yang bernilai RM9.83 juta, mereka mampu memproses darah babi yang disimpan menjadi air minuman yang boleh diminum sehingga 150,000 liter air setiap hari.
BACA JUGA: Sup Tulang Babi Sebagai Makanan Kebangsaan, Judi Sebagai Permainan Kebangsaan?
BACA JUGA: WASPADA! Obor-Obor ‘Biru’ Membawa Maut
BACA JUGA: Tumbuk Muka dan Kereta Orang Awam, Individu Dipercayai Mabuk Ditahan
Pengasas bersama Veos, Robert Slee berkata, “Dalam usaha mencapai kemampanan dan mengekalkan paras air bawah tanah, kami mula mencari alternatif lain.”
“Secara khususnya, kami akan memekatkan lagi darah semasa proses pengeluaran dan kemudian mengeringkannya. Sepanjang proses itu, wap air akan dibebaskan daripada darah dan dibiarkan memekat sehingga menjadi air semula,” ujarnya.
Selepas itu, air tersebut akan disucikan melalui teknologi baharu supaya boleh digunakan dalam proses pengeluaran.
Menurut Veos, mereka akan menggunakan sebahagian besar air yang disuling daripada darah babi untuk membersihkan tangkinya, walaupun air tersebut boleh diminum.