Antarabangsa

Perkahwinan Sejenis: Mustahil Tuhan Restui Dosa – Pope Francis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

VATICAN CITY, 18 Mac 2021 – Gereja Katolik menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa merestui perkahwinan sama jantina.

“Adalah “mustahil” untuk Tuhan merestui “dosa”,” demikian kenyataan dari Jemaah bagi Doktrin Kepercayaan (CDF) agama itu.

Kenyataan ini disokong oleh Pope Francis yang menyatakan bahawa ianya adalah satu peringatan tentang kebenaran berdasarkan upacara liturgi.

“Ia tidak bermaksud satu diskriminasi yang disengajakan, tetapi merupakan satu peringatan tentang kebenaran berdasarkan upacara liturgi.” (it was “not intended to be a form of unjust discrimination, but rather a reminder of the truth of the liturgical rite”.)

Kenyataan Gereja Katolik ini bagi menjawab persoalan mengenai “Adakah Gereja mempunyai kuasa merestui perkahwinan sama jantina” di mana jawapan mereka adalah: “Negatif”.

Bagi CDF, perkahwinan yang menyatukan lelaki dan wanita adalah satu upacara suci. Oleh itu, restu yang sama tidak boleh diberikan kepada pasangan sejenis.

Sementara itu di Malaysia, menurut Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, pengiktirafan Perkahwinan Sejenis merupakan salah satu daripada agenda golongan Lesbian Gay Bisexual Transexual (LGBT). Walaupun hampir semua agama tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis, sedikit demi sedikit pelbagai negara mula mengiktiraf perkahwinan sejenis.

“Di Malaysia, tiada peruntukan perundangan spesifik terhadap gerakan LGBT. Namun perbuatan homoseksual dan seksual di luar tabii merupakan satu kesalahan berdasarkan undang-undang di Malaysia.”

“Merujuk kepada undang-undang Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa “Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan”.”

Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Dato’ Mahamad Naser Disa yang mengumpamakan golongan LGBT sebagai mempromosi kesalahan jenayah juga menyatakan, kegiatan LGBT ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang Syariah, tetapi juga salah di sisi undang-undang Sivil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary sebelum ini memberitahu, kerajaan Persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk meminda undang-undang lebih tegas dalam penguatkuasaan terhadap golongan LGBT melalui Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang dikenali sebagai RUU355.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: