Antarabangsa

Transgender Pakistan Buka Sekolah Agama Ajar Islam dan al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram, Instagram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

ISLAMABAD, 24 Mac 2021 – “Saya mengajar al-Quran dan berharap agar Tuhan merahmati hidup saya di dunia dan di akhirat,” ujar seorang transgender di Pakistan, Rani Khan.

Atas sebab ini, Rani telah membuka sebuah sekolah agama (madrasah) transgender yang pertama di kawasannya menggunakan wang simpanannya sendiri.

Madrasah yang diasaskannya itu memberi peluang kepada golongan transgender untuk beribadah, mempelajari Islam dan bertaubat atas tindakan-tindakan masa lalu.

Salah seorang penuntut di madrasah itu, Simran Khan berkata, membaca al-Quran memberikan ketenangan kepada hatinya.

“Hati saya tenang apabila membaca al-Quran.”

“Ia lebih baik daripada hidup dalam kehidupan yang penuh dengan penghinaan,” tambahnya.

Madrasah tersebut merupakan salah satu titik penting perubahan dalam kehidupan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara Muslim itu di mana golongan LGBT berdepan dengan pemulauan walaupun tidak ada pengharaman rasmi untuk mereka menghadiri sekolah agama atau bersembahnyang di masjid.

“Kebanyakan keluarga tidak menerima transgender. Mereka (keluarga) menghalau keluar transgender dari rumah. (Kerana itulah) golongan transgender (akhirnya) melakukan perkara yang salah,” dakwa Rani.

Timbalan Pesuruhjaya Islamad, Hamza Shafqaat berkata, kewujudan madrasah transgender itu dapat membantu golongan transgender untuk berasimilasi dalam masyarakat arus perdana.

“Saya yakin jika bandar-bandar lain mewujudkan madrasah seperti ini, ia akan dapat menambah baik keadaan.”

Dhaka telah membuka sebuah madrasah untuk transgender dan tahun lalu, transgender Kristian telah membuka gereja mereka sendiri di Karachi.

Islam mengharamkan transgender, iaitu perbuatan lelaki yang berperilaku wanita atau sebaliknya. Lebih bahaya lagi apabila ada hasrat merubah jantina seperti bedah alat kelamin, ujar Dr Ayman Al-Akiti.

“Perbuatan ini diharamkan seperti sabda Nabi Muhammad SAW: Ibnu Abbas berkata: Nabi SAW melaknat lelaki yang berperilaku perempuan dan perempuan yang berperilaku lelaki. (riwayat al-Bukhari).”

Tambahnya, seorang ilmuwan dan kerabat Diraja Jordan; Putera Ghazi Muhammad berkata, pemikiran LGBT ini jelas membawa falsafah utilitarianism yang memusatkan kepada kesenangan nafsu semata. Falsafah ini bukan daripada Islam bahkan bukan dari ajaran agama samawi Yahudi dan Kristian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: