Tempatan

Tiada Buku LGBT Dijual Dalam Pasaran Negara, JAKIM Perjelas Video Tular

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tidak ada buku yang mempromosikan LGBT dijual di kedai-kedai buku tempatan, menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima aduan awam berkenaan video tular yang dipaparkan oleh Cordova Media berkenaan beberapa buku yang mendorong anak-anak agar terpengaruh dengan LGBT. Setelah diteliti, video berkenaan didapati diambil di luar negara iaitu di Negara Ireland.”

“Buat masa ini, meskipun tiada buku berkenaan seperti yang dipaparkan dalam video tersebut di kedai-kedai buku tempatan, namun pihak JAKIM mengambil serius berkenaan sebarang usaha untuk mempromosi buku berkenaan dalam kalangan masyarakat di negara ini khususnya umat Islam,” memetik kepada kenyataan beliau.

BACA JUGA: Parasit Purba Ditemukan Dalam Najis Fosil Berusia 200 Tahun

BACA JUGA: DPPK Bantah Jemputan Terbuka Pesta Songkran

BACA JUGA: Padah Buang Sampah Tepi Pantai, Pekerja Pembersihan Dibuang Kerja

Mengulas lanjut, katanya pihak JAKIM akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memantau sebarang terbitan bahan bercetak yang mempromosikan LGBT.

Buku-buku berkenaan boleh dianggap melanggar Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan dan kepentingan awam.

Dalam masa yang sama, kandungan buku itu yang cuba mempromosikan budaya homoseksual di Malaysia adalah melanggar sensitiviti agama, undang-undang dan budaya di negara ini.

“Justeru, JAKIM menasihatkan orang ramai khususnya golongan ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak serta tidak membeli bahan-bahan bacaan yang mempunyai unsur-unsur negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam.”

“Pemantauan dan pencegahan yang konsisten adalah amat penting bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral yang boleh merosakkan masa depan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: