Antarabangsa

Bantah LGBT Penghalang Kesiapsiagaan Ketenteraan AS: Pentagon

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 08 Jun 2023 – Para pegawai Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah mengecam undang-undang baharu di beberapa negeri yang menolak aktivisme LGBT dengan mendakwa bahawa undang-undang seperti itu akan menghalang kesiapsiagaan ketenteraan AS.

Kecaman yang dibuat oleh Gil Cisneros, ketua pegawai ‘diversity’ Jabatan Pertahanan AS yang mana beliau telah menyatakan bahawa komuniti-komuniti LGBTQ+ kini sedang diserang hanya kerana mereka itu berbeza. Ujarnya lagi,

“Namun kita mesti bersatu dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran sebegini secara langsung”.

Lebih 12 negeri di AS yang diterajui oleh parti Republikan telah mengharamkan beberapa tindakan yang berkait dengan LGBT seperti pemberian hormon penghalang serta mengharamkan sekolah-sekolah daripada memberi kaunseling mengenai identiti jantina kepada kanak-kanak tanpa keizinan ibu bapa.

Terdapat juga negeri yang telah menghalang pengajaran berkenaan identiti jantina dan orientasi seksual di kelas-kelas di semua sekolah di negeri tersebut.

Selain dari Gil Cisneros, ketua operasi angkasa Tentera Udara AS Lieutenant General DeAnna Burt turut mengecam undang-undang yang dibuat oleh negeri-negeri Republikan itu dengan menyatakan bahawa ianya dapat melemahkan ketenteraan AS serta menzahirkan trend yang mungkin merbahaya kepada para anggota, ahli keluarga anggota serta kesiapsiagaan tentera secara keseluruhan.

Seorang pegawai tenaga kerja serta hal ehwal rizab Tentera Udara AS, Alex Wegner turut bersama dalam mengecam undang-undang tersebut dengan menyatakan bahawa terdapat pengkalan-pengkalan yang perlu dipindahkan kerana anggota tidak dapat fokus dalam misi mereka disebabkan hal ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: