Tempatan

‘Konsert LGBT’: Kumpulan Penyanyi British Dituntut Bayar Pampasan Pada Penganjur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Ogos 2023 – Kumpulan penyanyi British, The 1975 dituntut untuk membayar pampasan kepada pihak penganjur acara Good Vibes Festival (GVF), Future Sound Asia (FSA) susulan pembatalan acara tersebut baru-baru ini, lapor sebuah berita tempatan berbahasa Inggeris.

Portal berkenaan yang memetik laporan dari pelbagai agensi berita antarabangsa berkata, FSA telah menghantar surat amaran kepada kumpulan penyanyi tersebut untuk menuntut pampasan.

Dakwa penganjur, kumpulan penyanyi itu ‘sengaja melanggar’ perjanjian konsertnya yang mengakibatkan pembatalan acara muzik tersebut sekali gus menyebabkan ‘kerugian kewangan yang ketara’ serta memberi kesan negatif kepada artis dan peniaga tempatan yang telah mendaftar dalam acara tersebut.

BACA JUGA: Kes Nik Elin: JHEAIK Diarah Jadi Pencelah

BACA JUGA: Bekas Ahli Politik India Tuntut Laungan Azan Diharamkan

BACA JUGA: Pemancing Temukan Barang Kemas Lama Era Ratu Victoria Di Lipis

Acara GVF yang berbaki dua hari iaitu pada 22 dan 23 Julai lalu telah dibatalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) selepas vokalis utama kumpulan penyanyi berkenaan, Matt Healy bertindak tidak senonoh dengan pemain bass, Ross MacDonald sambil memegang botol wain dan rokok.

Menurut laporan, FSA turut mengecam tindakan tidak senonoh The 1975 sewaktu persembahannya termasuklah penggunaan kata-kata kesat, kerosakan peralatan dan tingkah laku yang tidak senonoh itu.

Bagaimanapun, wakil daripada kumpulan penyanyi berkenaan enggan mengulas perkara tersebut sewaktu dihubungi salah satu agensi berita itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: