Tempatan

Didakwa Mengelirukan Dewan, Wan Fayhsal Mahu PM Dirujuk Jawatankuasa Khas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 – Susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan Rakyat, Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menghantar surat kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat supaya Perdana Menteri, Dato’ Anwar Ibrahim dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Menurut Wan Fayhsal, surat tersebut telah diserahkan kelmarin.

BACA JUGA: Tanah Rizab Melayu Berkurang Di 3 Negeri

BACA JUGA: Bantuan Khas Aidilfitri Buat Pesawah Dan Nelayan

BACA JUGA: Didakwa Hina Kaabah, Kaitkan Dengan Bekas PM, Pemuda PAS Lapor Polis

“Beliau menjawab dalam Dewan Rakyat, ia adalah kuasa mutlak – istilah mutlak yang digunakan dalam Hansard adalah bukti bahawa kuasa membatalkan pengecualian cukai adalah milik Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini tidak benar,”

“Saya telah terangkan dalam surat ini bahawa (kuasa untuk membatalkan pengecualian cukai) turut berada bawah Menteri Kewangan,”

“Ini yang kita mahukan Tambun (Anwar) untuk memohon maaf di Dewan Rakyat kerana mengelirukan Dewan dan prejudis terhadap Muhyiddin Yassin,” kata beliau dalam satu sidang media di Parlimen kelmarin.

Baru-baru ini, Wan Ahmad Fayhsal telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng serta Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung pelepasan cukai Yayasan Albukhary.

Dakwa Wan Fayhsal, Anwar telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan penjelasan yang mengatakan bahawa Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terhadap keputusan Ketua Pengarah LHDN mengikut Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: