PRU-15

Malaysia Dalam Bahaya, Lim Kit Siang Tawar Penawar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – Veteran DAP Lim Kit Siang menawarkan sebuah “Gabungan Selamatkan Malaysia” yang terdiri daripada semua gabungan dan parti-parti politik, kerana mendakwa Malaysia selepas enam dekad berada dalam bahaya.

“Dalam usaha keramat Menyelamatkan Malaysia untuk mengembalikan Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf dunia dan bukannya menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara, tidak boleh ada pihak yang cuba untuk berkecuali,” jelas Lim Kit Siang di dalam blognya.

Lim Kit Siang merasakan bahawa tindakan luar biasa dari rakyat Malaysia yang patriotik untuk menyelamatkan negara adalah diperlukan, susulan rakyat kini sedang menempuh zaman yang luar biasa.

Tambahnya, perkara ini bukanlah usaha seorang Perdana Menteri atau usaha yang dapat dicapai dalam satu kitaran pilihan raya, sebaliknya perlu menjadi misi Perdana Menteri yang akan datang dan menjadi tema pilihan raya yang akan datang.

Selain itu, katanya ia juga perlulah menjadi impian setiap rakyat Malaysia dalam tiga ke empat dekad yang akan datang dengan memasuki era politik gabungan kerana mendakwa ianya adalah langkah yang tepat dan memenuhi aspirasi Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Justeru, seruan mewujudkan gabungan yang akan mengembalikan Malaysia menjadi sebuah negara bertaraf dunia dan bukannya menjadi negara biasa-biasa itu akan dimulakan di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim.

Sebelum ini tokoh DAP itu menegaskan bahawa “Ketuanan Malaysia” perlu ditekankan dan bukannya “Ketuanan Melayu” sekiranya negara ingin kembali kepada prinsip dan dasar asas pembinaan negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukunegara, sekali gus bagi mengelakkan Malaysia terus ditinggalkan di belakang negara-negara lain dalam tahun-tahun dan dekad-dekad yang akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: