Antarabangsa

Tiga Hari Selepas Dilanda Gempa Bumi, Cianjur Kembali Bergegar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CIANJUR, INDONESIA, 24 November2022 – Beberapa hari selepas dilanda dengan gempa kuat berukuran 5.6 yang mengorbankan 162 orang manakala ratusan yang lain cedera, daerah Cianjur di wilayah Jawa Barat kembali digegarkan dengan gempa susulan.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa dengan kekuatan magnitud 2.2 itu berlaku pada pukul 4.48 pagi waktu tempatan dengan kedalaman 5KM.

BMKG turut mengeluarkan amaran bahawa daerah itu terdedah kepada satu lagi malapetaka. Ketua agensi itu, Dwikorita Karnawati berkata, pihak berkuasa perlu sentiasa berwaspada terhadap potensi bencana kedua, seperti tanah runtuh.

“Sungai boleh disekat oleh tanah runtuh atau runtuhan dan mencetuskan banjir kilat di Cianjur.

“Kita perlu segera membersihkan bahan dan runtuhan yang menghalang aliran sungai di atas bukit,” katanya.

Dalam laporan berlainan, kira-kira 6,000 polis, tentera dan sukarelawan menggali runtuhan dengan tangan kosong, penyodok dan cangkul ketika hujan lebat akibat monsun menghalang usaha mereka.

Penyelaras mencari dan menyelamat, Arif Yulianto, berkata, mereka terpaksa menghentikan usaha mereka kerana hujan menyebabkan kawasan tanah runtuh tidak stabil.

Gempa bumi Cianjur mengakibatkan 162 maut, lebih 58,000 orang kehilangan tempat tinggal, kira-kira 1,000 cedera dan 151 masih hilang, dengan lebih separuh daripada mangsa yang terkorban masih belum dikenal pasti identiti mereka, demikian menurut Badan Nasional Pencegahan Bencana (BNPB).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: