Tempatan

Hujan Lebat Dari Pagi, Melaka Tengah Kini Ditenggelami Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 23 Jun 2022 – Susulan hujan lebat berterusan sejak 6.30 pagi tadi, 16 kawasan di Melaka Tengah dan satu di Jasin dilanda banjir kilat.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Taman Rambai Indah, Gedung Lalang, Kampung Pinang, Pokok Mangga, Pekan Klebang Besar dan Pulau Gadong.

Selain itu, Taman Bukit Rambai, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak, Kampung Bukit Datuk, Kampung Tampoi, Kampung Pengkalan Rama Pantai, Rumah Awam Pantai Peringgit, Taman Desa Molek dan Kampung Padang Bukit Lintang turut terjejas.

Beliau juga memaklumkan, satu kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Jasin turut dinaiki air.

Menurutnya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan anggota APM telah berada di lokasi terjejas untuk pemantauan keselamatan penduduk.

Di samping itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka juga terlibat dalam misi menyelamat mangsa banjir.

Menurut jurucakap JBPM Melaka, pihaknya menerima panggilan kecemasan seawal kira-kira 7 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dikerah di lokasi.

Jelasnya, pihaknya berjaya menyelamatkan enam sekeluarga termasuk seorang pesakit kanser yang terlantar sakit selepas rumah mereka di Jalan Bukit Senjuang dinaiki air.

“Kesemua mangsa telah ditempatkan di rumah jiran yang berhampiran.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: