Tempatan

AMARAN: Paras Air Stesen Bandar Klang Di Tahap Bahaya – Pejabat Daerah Klang

Jangan lupa sertai TikTok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 12 Oktober 2022 – “Bacaan di Stesen Bandar Klang masih berada di paras bahaya manakala di Stesen Kg. Rantau Panjang, Stesen Taman Sri Muda dan Stesen Tugu Keris berada di tahap berjaga-jaga,” lapor Pejabat Daerah/Tanah Klang dalam Facebook rasmi mereka.

Awal pagi tadi, jabatan itu menjangkakan paras air laut meningkat sehingga 5.43 meter pada jam 7.20am susulan hujan lebat yang turun sejak pagi.

“Ketika ini hujan lebat direkodkan di kawasan Jalan Benteng , Kg Perepat, Kg Rantau Panjang, Selat Muara.”

Berikutan amaran yang dikeluarkan, Pejabat Daerah/Tanah Klang menyeru orang ramai untuk berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian bencana banjir di talian perhubungan bencana Daerah Klang seperti yang tertera.

pejabat-perhubungan-klang-1.jpg?resize=300%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

 

Sejak jam 4 pagi tadi, hampir semua negeri di utara dan bahagian tengah hingga selatan Semenanjung Malaysia mengalami hujan lebat dan ribut petir.

Ribut petir dan hujan lebat itu dijangka akan berterusan hingga jam 10 pagi di seluruh Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Di Pahang pula membabitkan Bentong, Pekan dan Rompin, selain seluruh Lembah Klang termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, manakala di Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Seremban dan Port Dickson serta Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: