Antarabangsa

#PrayforBali, Bali Dilanda Banjir Teruk

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALI, 20 Oktober 2022 – Sejumlah kawasan di Bali menghadapi tanah runtuh dan banjir teruk sehingga mengorbankan beberapa nyawa setelah dilanda hujan lebat dan cuaca ekstrem sejak Ahad lalu.

 

Tanah runtuh dan banjir telah mengakibatkan keruntuhan pada sokongan jalan di Jalan Raya Ubud di hadapan SMP 01 Ubud.

Akibat sokongan jalan pecah dan tanah runtuh, sebuah kereta dilanggar tanah runtuh yang menutupi Jalan Bisma dan Jalan Raya Ubud menyebabkan kesesakan lalu lintas keseluruhan.

Demi menangani situasi kritikal itu, Badan Tindak Balas Bencana Wilayah (BPBD) Bali telah mengerahkan beberapa armada untuk membersihkan tanah runtuh dan laluan jalan raya telah dibuka semula.

Dalam pada itu, Ketua BPBD Bali, I Made Rentin melaporkan sehingga tengah malam Isnin, seramai 6 orang maut, 3 orang di wilayah Karangasem, 1 orang di Bangli, 1 orang di Tabanan, dan 1 orang di Jembrana.

Disebabkan banjir dahsyat dan tanah runtuh yang melanda Bali, hashtag #PrayForBali menjadi trending di media sosial Twitter.

Sejumlah pengguna twitter memuat naik keadaan jalan raya Bali yang dilanda air deras. Malah, seorang penunggang motosikal kelihatan terseret di tengah jalan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: