Tempatan

Banjir Kilat Klang: 30 Mangsa Dipindahkan Ke PPS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLANG, 10 November 2022 – 30 mangsa daripada lapan rumah di Kampung Johan Setia dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Johan Setia selepas terkesan dengan banjir kilat, lapor sebuah portal tempatan.

30 mangsa itu terdiri daripada 10 kanak-kanak, 19 dewasa serta seorang warga emas wanita yang juga orang kurang upaya (OKU).

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan mengenai banjir berkenaan pada jam 5.49 petang semalam.

Susulan itu, seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dan BBP Andalas bergegas ke lokasi.

Semalam, hujan lebat hampir beberapa jam mengakibatkan banjir kilat di jalan raya dari arah Klang berhampiran GM Klang menuju ke Banting.

Banjir kilat kira-kira jam 6 petang itu turut mengakibatkan kesesakan lalu lintas dari arah Hicom menuju ke Bandar Botanik.

Walau bagaimanapun, keadaan trafik kembali terkawal selepas air didapati surut sekitar jam 7 petang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: