Tempatan

Mesej Tular Dakwa APM Buka Empangan Sungai Embrong Palsu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATU PAHAT, 15 September 2022 – “Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Batu Pahat TIDAK lakukan kenyataan yang tular di media sosial di kalangan penduduk Batu Pahat,” tegas APM Batu Pahat dalam satu kenyataan di Facebook rasmi agensi berkenaan semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan satu mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp semalam yang mendakwa bahawa APM telah membuka pintu Empangan Sungai Sembrong susulan banjir kilat akibat pertembungan hujan lebat sejak pagi semalam dan air pasang di sekitar Batu Pahat.

Menurut mesej tular itu, “JPAM…sudah lalu buat pengumuman, paras air semakin naik, empangan Sembrong mungkin akan dilepaskan, semua penduduk di serata tempat harus bejaga-jaga, dan siap sedia dan bersabar, sebarang kemungkinan yang akan berlaku. JPAM-BP.”

Tegas APM, “Berkenaan kenyataan empangan sembrong tersebut adalah PALSU dan bukan bidang kuasa APM.”

Justeru, agensi itu meminta penduduk Batu Pahat untuk tidak mempercayai dan tidak menyebarkan kenyataan tersebut.

Dalam laporan berlainan, seramai 163 daripada 38 keluarga dari Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Pekan Seri Gading dan Kampung Seri Tanjung di Batu Pahat ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading setakat jam 8 malam pada Rabu selepas kawasan mereka dilanda banjir kilat.

Banjir kilat itu berlaku selepas pertembungan antara hujan lebat dan air pasang yang bermula dari jam 1.30 pagi hingga 4 pagi Rabu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: