Tempatan

AWAS! Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GOPENG, 28 Jun 2023 – Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menuju ke Cameron Highlands, pada Selasa malam akibat hujan lebat sehingga menghalang laluan.

Menerusi laporan yang disediakan Jabatan Kerja Raya (JKR), kejadian itu berlaku di laluan FT185 Seksyen 45 sekitar jam 11.25 malam.

BACA JUGA: Ramalan Cuaca Khas Sempena Hari Raya Aidiladha

BACA JUGA: Kes Adib: 17 Tertuduh Dibebaskan

BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal

Menurut siasatan awal, jumlah aliran air permukaan yang tinggi akibat hujan lebat menyebabkan sisa tanah runtuh ke bahagian jalan.

“Lokasi kejadian merupakan tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan oleh kontraktor JKR dan runtuhan telah menutup permukaan jalan menyebabkan ia tidak boleh dilalui kenderaan dari kedua-dua arah.”

Namun begitu, tiada kerosakan melibatkan pengguna jalan raya dilaporkan dan jalan tersebut telah dibuka kepada semua kenderaan kira-kira jam 4.30 pagi selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak kontraktor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: