Tempatan

Lelaki Dituduh Menghasut Ditahan Reman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 November 2022 – Seorang individu yang dipercayai memuat naik kandungan video berunsur perkauman, kini direman tiga hari sehingga Sabtu ini.

Menurut laporan, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan pemilik akaun Twitter @bumilangit itu ditahan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

“Pihak polis telah menahan suspek berusia 39 tahun yang memuat naik video mengandungi unsur perkauman dan boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Malaysia.”

Beliau menjelaskan, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, suspek, Zulfadzli membuat satu hantaran di Twitter memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membantu siasatan dan tidak tahu apakah kesalahan yang dilakukannya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: