Antarabangsa

Veteran Tentera UK, Mangsa Kanser, Dianugerahi Pingat Ujikaji Nuklear

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

UNITED KINGDOM, 24 November 2022 – Veteran United Kingdom (UK) yang juga merupakan seorang bekas pesakit kanser telah menerima pengiktirafan atas usahanya ketika bekerja di program percubaan nuklear Britain di Pasifik Selatan.

Stanley Craig, yang kini telah menjalani persaraan pernah digunakan sebagai tikus uji bagi menyelidik kesan-kesan radiasi daripada bom-bom hidrogen yang telah diletupkan di rantau tersebut pada sekitar akhir 1950 an.

Craig yang mana ketika itu berusia 24 tahun pada 1958 dan berkhidmat sebagai anggota tentera Royal Engineers, berada di Pulau Christmas yang kini dikenali sebagai Kiritimati.

Ketika itu sebuah bom nuklear telah dijatuhkan daripada pesawat Valiant hanya berjarak 20 batu dari kedudukan beliau. Menurutnya, pancaran cahaya ketika itu adalah terlalu kuat sehinggakan beliau dapat melihat tulang-tulang di dalam tangannya.

Lebih 6 dekad kemudian, pengorbanan beliau telah menerima pengiktirafan yang tinggi daripada kerajaan UK.

Di dalam sebuah pengumuman yang mengejutkan keluarga Craig, Rishi Sunak telah mengatakan bahawa beliau selaku Perdana Menteri akan memberi kurniaan pingat istimewa bagi mereka yang telah berkhidmat di Pasifik Selatan dan juga kepada mereka yang telah membuat “sumbangan yang hebat” kepada percubaan-percubaan nuklear itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: