PRU-15

Perdana Menteri Ke-10: Tiada Keputusan Lagi – Anwar Ibrahim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – “Tiada apa-apa keputusan lagi setakat ini,” jawab Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai status Perdana Menteri baharu sejurus keluar dari Istana Negara sebentar tadi.

“Setakat ini ada kekosongan dan terbuka untuk permohonan.”

Ujarnya, beliau menjunjung kasih KDYMM Yang di-Pertuan Agong yang menitahkannya untuk datang menghadap Baginda pada pukul 4.30 petang tadi bagi membincangkan mengenai pembentukan Kerajaan baharu.

“Saya junjung kasih kerana Tuanku titah mengadap untuk sampaikan pandangan Tuanku, bahawa perlu ada kesepakatan, kerjasama semua pihak supaya kerajaan kukuh dan boleh tumpu perhatian menjaga kepentingan rakyat dan memulih ekonomi.”

“Kerajaan yang ditubuhkan kelak insya Allah harus wakili semua pihak, kaum, dan wilayah,” katanya lagi.

Petang tadi, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk datang menghadap Baginda di Istana Negara selepas tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dalam laporan berlainan, Perdana Menteri Sementara, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan pimpinannya kekal sebagai Kerajaan Sementara atau ‘caretaker government’, dan begitu juga Kabinetnya yang kekal sebagai ‘caretaker Cabinet’.

“Jadi rakyat jangan keliru, seolah-olah sekarang ini tidak ada Kerajaan, Kerajaan lama masih kekal sebagai Kerajaan Sementara atau ‘caretaker government.’”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: