Tempatan

Kebenaran Untuk Dapatkan Dokumen Dari Bekas Pembantu, Mahkamah Tinggi Buat Keputusan 6 Januari

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 02 Disember 2022 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan berkenaan kebenaran untuk Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen bagi kes serangan seksual yang difailkan oleh mantan pembantu penyelidiknya.

Peguam yang bertindak bagi pihak Perdana Menteri baharu itu, Navpreet Singh telah menyatakan bahawa Suruhanjaya Kehakiman, Johan Abdullah telah menetapkan tarikh 6 Januari untuk mahkamah membuat keputusan.

Tarikh tersebut telah ditetapkan setelah berlangsungnya sesi pendengaran dari kedua-dua belah pihak melalui sesi prosiding yang dijalankan dalam talian.

Navpreet menyatakan bahawa Anwar memerlukan beberapa dokumen daripada mantan penyelidiknya, Yusoff Rawther sebagaimana rayuan yang dilakukannya di dalam kenyataan tuntutan beliau.

Ketika pemfailan mahkamah, Anwar menyatakan bahawa dokumen yang diminta itu adalah sangat penting bagi tujuan memastikan “kejadian yang sebenar” yang telah dirayu oleh Yusoff melalui kenyataan tuntutannya.

Yusoff telah memfailkan saman terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat itu dengan tuduhan bahawa Anwar telah melakukan serangan seksual terhadapnya sepuluh hari sebelum Anwar memenangi kerusi Port Dickson melalui pilihan raya pada 13 Oktober 2018.

Beliau turut mendakwa bahawa beliau telah mengalami tekanan fizikal, psikologi serta trauma sosial yang serius setelah perbuatan tersebut berlaku di kediaman Anwar yang terletak di Segambut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: