Tempatan

CAP Gesa Semua Kerajaan Negeri Batal Sambutan Ambang Tahun Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 22 Disember 2022 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa semua Kerajaan Negeri agar membatalkan sebarang sambutan ambang tahun baru 2023.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, sambutan tersebut membawa kepada pembaziran wang walhal peruntukannya boleh digunakan untuk membantu mangsa yang terjejas akibat banjir.

Ujarnya, “Banjir tahun ini menyebabkan banyak kesulitan kepada banyak keluarga miskin. Mereka kehilangan harta benda dalam jumlah besar. Kita boleh mendermakan makanan dan barangan lain kepada mereka yang terjejas ini.”

“Sebagai masyarakat penyayang rakyat Malaysia harus membantu keluarga yang terjejas ini dalam apa cara sekalipun,” tambahnya.

Mengulas lanjut, persatuan itu turut memuji tindakan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Anwar Ibrahim membatalkan sambutan ambang tahun baru selepas mengambil kira situasi banjir dan kesusahan rakyat.

“Tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini adalah satu tindakan yang sangat berani,” kata pegawai itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker