Tempatan

Mana Suara Bar Council Ketika Hakim Mahkamah Persekutuan Dikutuk “Menjual Diri Kepada Syaitan” – Dr Shamsher Singh Thind

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2022 – Dr Shamsher Singh Thind, seorang pengamal undang-undang jenayah mempersoalkan di mana suara Majlis Peguam (Bar Council) sewaktu anak Anwar Ibrahim mengutuk Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan di Parlimen bahawa mereka telah “menjual diri kepada syaitan” selepas Ketua Pembangkang itu didapati bersalah atas kesalahan meliwat.

Ujarnya, ramai yang terkeliru dengan kenyataan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan hanya boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor yang dikemukakan oleh Tribunal Kehakiman kerana salahlaku berkaitan dengan tugas rasminya, menurut Perkara 125 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Ramai yang terkeliru agaknya, termasuk Presiden Bar Council yang baharu dilantik. Memang betul seorang Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan hanya boleh dipecat oleh YDP Agong atas syor yang dikemukakan oleh Tribunal Kehakiman kerana salahlaku berkaitan dengan tugas rasminya, menurut Perkara 125 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan.”

“Tetapi sekiranya Hakim itu telah melakukan kesalahan jenayah seperti rasuah, rogol atau bunuh, dia boleh disiasat dan didakwa seperti orang awam yang lain di mahkamah jenayah biasa, tanpa apa-apa syor daripada Tribunal Kehakiman,” ujarnya menerusi Facebook.

Tegasnya, jaminan perlindungan perkhidmatan (security of tenure) yang dinikmati oleh para Hakim tidak memberikan mereka imuniti dari pendakwaan jenayah (immunity from the criminal prosecution), kecuali untuk apa-apa yang dilakukannya secara rasmi semasa menjalankan tugas kehakiman, selaras dengan Seksyen 77 Kanun Keseksaan.

Katanya lagi, kerana itulah beliau pernah mencadangkan, tugasan utama Majlis Peguam (Bar Council) hanyalah menjaga kebajikan para peguam.

“Tak payah sibuk hal politik. Itu biarkan Pakatan Harapan yang buat. Kuttay da kaam kutta karay, gadhay da kaam gadha karay. Anjing buat kerja dia dan keldai buat kerja dia. Peribahasa Punjabi ini ada cerita sikit. Anjing tak boleh buat kerja keldai angkut barang, tak larat. Keldai pula tak boleh buat bising tengah-tengah malam kalau terlihat pencuri sekali pun. Itu kerja anjing. Kalau keldai buat, confirm kena belasah daripada tuannya kerana dianggap menggangu masa orang nak tidur,” kata Dr Shamsher Singh Thind

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: