Tempatan

MP DAP Desak Gugurkan Siasatan Dalam Kes Cubaan Bunuh Diri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 April 2023 – Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid mendesak agar siasatan terhadap kes cubaan membunuh diri digugurkan.

“Mereka yang cuba membunuh diri perlukan sokongan dan belas kasihan, bukannya hukuman,” katanya kepada sebuah portal tempatan bagi mengulas keputusan polis Negeri Sembilan yang menyiasat remaja 16 tahun yang cuba membunuh diri pada bulan lepas selepas dituduh berkelakuan tidak senonoh di sekolah.

BACA JUGA: 3 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Pulau Pinang Raya Ini

BACA JUGA: Gempa Bumi Di Sabah, Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan

BACA JUGA: Kemasukan Ke Wad Kes COVID-19 Meningkat 26%

Ujarnya, polis tidak seharusnya ‘menghukum’ mereka yang cuba membunuh diri dengan menyiasat mereka kerana akan menyebabkan lebih trauma.

Dalam masa sama, Syerleena turut menggesa kementerian berkaitan untuk mula menyekat dan mendidik polis serta agensi penguat kuasa lain untuk menilai semula pendekatan mereka apabila mengendalikan kes cubaan membunuh diri.

Katanya lagi, dengan menjadikan cubaan membunuh diri bukan lagi satu jenayah akan membantu menukar fokus daripada menghukum kepada menyediakan sokongan dan sumber kepada mereka yang berdepan masalah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: